Sep 10, 2007

PMR-SEJARAH




DASAR CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU


1. Sebelum ini , inggeris mengamalkan dasar tidak campur tangan di tanah melayu , tetapi pada
tahun 1874 , inggeris dengan rasminya mengamalkan dasar campur tangan.

2.Kenapakah British ingin campur tangan di negeri-negeri melayu ?

- Negeri-negeri melayu adalah kaya dengan sumber semulajadi iaitu bijih timah.
- British memerlukan bijih timah kesan daripada revolusi perindustrian di eropah
- British bimbang kuasa eropah lain akan menguasai tanah melayu

3. Apakah fokus utama british di tanah melayu ?

- negeri perak , pahang , selangor dan negeri sembilan dipercayai kaya dengan bijih timah
- Akibat revolusi perindustrian , harga bijih timah telah melambung tinggi khasnya dalam industri mengetin makanan
- Oleh itu , british berasa perlunya untuk mencari sumber yang lebih murah iaitu dengan menguasai kekayaan bijih timah di tanah melayu.

4. Kenapakah Britain perlu menguasai tanah melayu ?

-untuk menjaminkan bekalan bijih timah yang berkekalan supaya revolusi perindustrian
berkembang dengan pesat.
- sebagai suatu pasaran iaitu ,untuk memasarkan bekalan barangan keluaran kilang di England
- ini kerana perubahan dasar kerajaan Britain iaitu dasar campur tangan
- Desakan para pendagang negeri-negeri selat iaitu terdapat pergaduhan antara kongsi gelap yang
menyebabkan kerugian kepada para pedagang

5.Apakah itu revolusi perindustriaan?

- merujuk kepada perubahan yang berlaku dalam masyarakat eropah yang beralih dari kegiatan
pertanian kepada bidang perindustrian atau perkilangan

6. Apakah kesan pembukaan terusan suez kepada campur tangan Britain ?

- terusan suez memendekan masa perjalanan melalui kapal dari asia tenggara ke negara eropah.
- Masa perjalanan telah disingkatkan lebih 3 kali ganda berbanding dengan mengunakan laluan lama iaitu melalui Tanjung Harapan
- Oleh itu , Negara-negara eropah menjadi lebih berminat untuk menguasai kerajaan di asia

7.Apakah kesan penggunaan kapal wap kepada kedatangan kuasa barat ke asia ?

- perjalanan melalui laluan laut dipercepatkan kerana tidak memerlukan buruh kasar mengayuh kapal
atau bergantung kepada angin semata-mata
- jumlah muatan barangan yang diangkut dapat digandakan iaitu dibanyakan

8. Kenapa British bimbang kehadiran kuasa lain ke asia tenggara ?

- kuasa barat lain seperti sepanyol , perancis dan belanda sedang mara ke asia tenggara iaitu belanda, Indonesia, perancis,Indochina (Vietnam),sepanyol & Filipina

- oleh itu amatlah penting untuk british menyekat perlumbaan kuasa barat lain dengan
bertapak di tanah melayu

9. Apakah bertukaran dasar yang berlaku di Britain sehinggakan ia mula mengamalkan dasar campur tangan mulai 1874 ?

- Parti liberal yang memerintah Britain itu telah dikalahkan dalam pilihan raya sepada parti konservatif
- Kerajaan pimpinan Konservatif itu memulakan dasar campur tangan.

10. Kenapa berlakunya desakan para pedagang negeri selat untuk mendesak british
bertapak di tanah melayu ?

- Berlakunya huru-hara kerana pergaduhan kongi-kongsi gelap
- ini menyebabkan pedagang ini mengalami kerugian yang teruk sementara kerajaan yang
sedia ada tidak dapat menyelesaikan masalah ini
- Melalui campurtangan british ini masalah ini dapat diselesaikan dengan memberi
pelindungan kepada para pedagang

11.Bagaimanakah pedagang ini memeinta bantuan british ?

-Pada tahun 1873 ,seramai 243 pedagang di negeri selat telah mengutus surat kepada
Lord Kimberly ,Setiasusaha Pejabat Tanah Jajahan British untuk mendesak campur
tangan british.


LATIHAN UJI KEFAHAMAN



1..Apakah faktor yang mendorong kepada campur tangan british di tanah melayu ?

- kekayaan hasil bumi tanah melayu





- kebimbangan campur tangan kuasa barat lain





- revolusi pertanian





- pembukaan terusan suez






-pertukaran dasar kerajaan british di Britain






-desakan para pedagang british di tanah melayu










KEADAAN DI PERAK YANG MEMBERI PELUANG CAMPUR TANGAN BRITISH


1.Ketidakstabilan politik di perak menyebabkan british mengambil peluang untuk memasuki perak

2. Kenapa keadaan ini terjadi ?

a)- Perak merupakan negeri yang kaya dengan bijih timah
- Long Jaafar telah mengambil masuk pelombong –pelombong cina untuk mengusahakan lombopng
bijih timah di daerah laut
- tumpuan utama pelombong cina ini ialah kawasan kelian pauh dan kelian baru .
-kebanyakkan pelombong cina ini adalah terdiri daripada anggota kongsi
gelap Ghee Hin dan Hai San
- kedua-dua kongsi gelap ini menyebabkan huru-hara dan dikenali sebagai perang larut.

b)Perebutan takhta di perak

3. Apakah yang menyebabkan perang larut ini ?

- masalah utama perpunca daripada perebutan sumber air ke kawasan perlombongan
-masalah kedua ialah perebutan kawasan yang kaya dengan bijih timah

4. Apakah kesan perang larut ini kepada aktiviti perlombongan ini ?

- aktiviti perlombongan ini terjejas teruk dan ekonomi pada masa itu menjadi huru-hara

5. Bagaimanakah perang larut itu diatasi ?

- Menteri Larut iaitu Ngah Ibrahim (adik kepada long jaafar) telah meminta bantuan british
-Ngah Ibrahim melantik Kapten Speedy sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri-negeri
selat untuk menamatkan perang larut.
-Kapten Speedy membawa kedua-dua kumpulan kongsi gelap ini ke meja rundingan dan menyelesaikan masalah mereka.

6.Kenapa berlakunya perebutan takhta di perak ?

- Masalah ini tercetus akibat perebutan takhta antara Raja Ismail dan Raja Abdullah.
- Hal ini berlaku kerana perak mengamalkan sistem warisan takhta

- Raja dihilir(putera sulung sultan)  Raja Bendahara  Raja Muda  Sultan

7.Siapakah yang dilantik selepas kemangkatan Sultan Ali (sultan perak pada masa itu ) ?

-Raja Ismail ( Raja Bendahara) dilantik untuk mengantikan baginda.

8.Siapakah sepatutnya dilantik untuk mengantikan Sultan Ali ?

-Raja Abdullah (Raja Muda) yang sepatutnya dilantik.

9. Siapakah yang menentang pelantikan raja Ismail sebagai sultan?

-Raja Abdullah(Raja Muda) dan Raja Yusof (Raja dihilir)

10. Apakah akibat daripada perlantikan Raja Ismail ?

- Raja Ismail yang dilantik sebagai sultan oleh pembesar hanya berkuasa di Hulu Perak
manakala Raja Abdullah terus memerintah kawasan Hilir Perak
- Pembesar seperti Dato’Maharajalela dan Dato’ Sagor dari hilir Perak menyokong Raja Abdullah
- Raja Abdullah tidak mengiktiraf pelantikan Raja Ismail

11.Bagaimanakah Raja Abdullah menyelesaikan masalah ini ?

- Raja Abdullah menulis surat memohon bantuan British iaitu
Gabenor Negeri-negeri selat Andrew Clarke.
-Suatu perjumpaan telah diadakan antara pembesar perak (Raja Abdullah ,Raja Ismail dan Dato’Sagor
serta pembesar lain) , pemimpin kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San serta Andrew Clarke sendiri
pada 20 Januari 1874 diatas kapal HMS Pluto di Pulau Pangkor.

12.Apakah kesan daripada perjumpaan ini ?

- Perjanjian Pangkor telah ditandatangani

13. Apakah kesan daripada Perjanjian pangkor ?

-Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak yang sah
-Raja Ismail kekal sebagai Raja Muda dan diberi pencen (sara hidup)
-Sultan akan menerima seorang penasihat british (residen)
-Ngah Ibrahim kekal sebagai menteri larut dan akan menerima seorang penolong residen
-Menteri Larut akan menbiayai segala kos pendamaian di Perak

14. Apakah fungsi seorang residen ?

- memberi nasihat dan pandangan kepada sultan dalam hal-hal pentadbiran kecuali agama islam
dan adat istiadat orang melayu

15. Residen pertama di perak ialah J.W.W.Birch

PERINGATAN : Perjanjian Pangkor 1874 membolehkan british bercampur tangan secara rasminya di perak , selangor , negeri sembilan dan pahang.


PERANG KLANG DI SELANGOR

1.Kawasan yang kaya dengan bijih timah terletak di daerah lembah klang dan ia dikuasai oleh
Raja Sulaiman

2.Raja Mahadi merupakan putera Raja Sulaiman.

3.Setelah kemangkatan Raja Sulaiman , Raja Abdullah( menantu Sultan Ahmad Samad = Sultan Selangor) pula dilantik sebagai pembesar daerah kelang.

4.Raja Mahadi berada tidak puas hati terhadap Raja Abdullah.

5.Kenapa Raja Abdullah dilantik sebagai pembesar daerah klang?

- Raja Abdullah berjaya memajukan kegiatan perlombongan bijih timah di daerah klang
-Membawa masuk buruh-buruh cina ke kawasan perlombongan di ampang , kanching dan kuala Lumpur
-menjual bijih timah ke negeri-negeri selat mulai 1859
- Menjadikan daerah klang pusat pengeluaran bijih timah di selangor

6.Hasat dengki Raja Mahadi terhadap Raja Abdullah menyebabkan perang Klang.Peang Klang ini
menjadi semakin sengit apatah lagi melibatkan kongsi gelap cina

7.Bagaimana Sultan Selangor menamatkan perang klang ini?

- Sultan melantik Tengku Kudin untuk menyelesaikan perbalahan ini
-Malangnya Tengku Kudin tidak disukai oleh pembesar-pembesar selangor dan Raja Mahadi
kerana bukan anak tempatan
- Raja Mahadi meminta bantuan british untuk menamatkan perang klang.

8. Apakah kesan apabila perang klang ini tamat

- Raja Abdullah telah mangkat dan diwarisi oleh puteranya Raja Ismail
-Raja Ismail bersama Tengku Kudin berjaya menewaskan Raja Mahadi
-Negeri selangor terpaksa menerima seorang residen tetapi Sultan Selangor enggan menerima residen

9. Bagaimana British mendesak Sultan selangor menerima residen ?

- dengan alasan bahawa berlaku rompakan ke atas kapal dagang british di kuala langat dan
menyebabkan 8 anak kapal terbunuh pada tahun 1873.
- serangan ke atas rumah api british di Tanjung Tuan (Tanjung Rachado) pada tahun 1874

10.Kesannya Sultan Selangor terpaksa akur untuk menerima seorang residen dan menerima ;

Residen  J.G.Davidson
Penolong Residen  Frank Swettenham






PERBALAHAN DI SUNGAI UJONG , NEGERI SEMBILAN

1. Daerah Sungai Ujong merupakan kawasan yang kaya dengan bijih timah

2. Bijih timah dari sungai ujong akan dibawa ke pelabuhan Melaka melalui Sungai Linggi akibatnya pembesar-pembesar di Sungai Linggi mengenakan cukai yang tinggi ke atas bijih timah

3.Terdapat 2 pembesar yang sangat berpengaruh di Sungai Ujong iaitu

a)Dato ‘Bandar Kulop Tunggal
b)Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman

4. Perebutan kawasan di sungai Linggi oleh kedua-dua pembesar ini telah mencetuskan perbalahan.

5. Akibatnya , Dato’ Kelana telah meminta pertolongan British untuk mengukuhkan kedudukannya di Sungai Ujong.

6.Pihak British telah menghulurkan bantuan seramai 160 askar kepada Dato’Kelana untuk menewaskan Dato’Bandar.

7. Dato’Bandar yang tewas terpaksa melarikan diri ke Ketapang.Pihak British berjaya menangkap Dato’ Bandar dan dibuang ke singapura serta diberi pencen oleh pihak British.

8. Apakah kesan bantuan pihak british ?
- Dato’ Kelana diiktiraf sebagai pemerintah daerah sungai ujong
-Seorang residen akan ditempatkan
-British berkuasa memungut cukai di kawasan daerah sungai Linggi
- British bebas meluaskan kuasanya ke Rembau , Jelebu dan Sri Menanti

9.Residen pertama di Sungai Ujong ialah P.J Murray

10. Residen yang pertama di Negeri sembilan  Martin Lister

11. Bagaimana British memantapkan pengaruhnya di Sungai Ujong ?
a)Penempatan pegawai majistret dan pemungut hasil
b) menyatukan seluruh negeri sembilan
c)melantik Yamtuan Seri Menanti = Tuanku Muhammad ibni Yamtuan Antah sebagai yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama.
d)Martin Lister dilantik sebagai residen negeri sembilan yang pertama.

12. Apakah fungsi majistret atau pemungut?
- merupakan pegawai British yang menguatkuasakan system perundangan British di negeri-negeri melayu dan memungut cukai

PERINGATAN : Pergaduhan antara Dato ‘Bandar Kulop Tunggal dan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman adalah disebabkan perebutan kawasan Sungai Linggi BUKAN kawasan yang kaya dengan bijih timah (Sungai Ujong)


BRITISH BIMBANG KEMARAAN KUASA EROPAH LAIN DI PAHANG



1. Pahang merupakan Negara yang terletak hamper tengah-tengah di tanah melayu dan menjelang kurun
ke-19 perancis , Rusia dan Jerman muncul sebagai Negara yang memberi ancaman kepada British di
Asia Tenggara.

2. Bagaimana British ingin menyekat kemaraan kuasa eropah lain di asia tenggara ?
-dengan menguasai pahang lalu menghalang laluan mereka.

3.Sultan Pahang enggan menerima residen akibat kesan yang dilihat beliau di perak , selangor dan
negeri sembilan.

4. Sultan pahang mencontohi Sultan Johor untuk memajukan negerinya dengan mempelawa
pelabur luar.

5.Akibatnya , British berasa bimbang kemasukan pelabur asing ini akan mengugat kepentingan mereaka
di negeri-negeri melayu.

6. Frank Swettenham dan Fredericks Weld , Gabenor negeri-nrgeri selat gagal memujuk Sultan Pahang
(Sultan Ahmad) pada tahun 1886.

7.Pada tahun 1887 , British menasihat Sultan Johor (Sultan Abu Bakar) supaya menasihati Sultan
Pahang untuk menerima pengaruh Inggeris

8.Hasilnya , Pahang menerima seorang wakil British dengan kuasa yang terhad

9.Wakil British di Pahang  Hugh Clifford

10.Pada tahun 1888 , seorang warga British berbangsa cina telah mati dihadapan istana Sultan Pahang l
lalu British menuduh Sultan Pahang tidak dapat mewujudkan keadaan yang aman di pahang

11. Akibatnya , Sultan Pahang (Sultan Ahmad) terpaksa menerima seorang residen selepas didesak oleh
pihak british

12.Residen pertama Pahang  J.P.Rodger(1888)


RESIDEN MENGUGAT KUASA SULTAN DAN PEMBESAR

1.Setelah negeri-negeri melayu ini menerima residen , tindakan residen yang dilakukan dianggap oleh sultan sebagai mengugat kuasa baginda.

2.Antara tindakan residen ialah :

a)Sultan perlu mendengar segala nasihat residen mengenai hal pentadbiran kecuali agama islam dan adapt istiadat melayu
b)Sultan kehilangan kuasa memungut cukai kerana telah diambil alih oleh majistret dan pemungut hasildan sultan hanya diberi pampas an
c) Residen merombak system pentadbiran negeri-negeri melayu
d)Residen menghapuskan hamba abdi
3.Berikut merupakan Residen British yang Pertama di kawasan tersebut :

Residen British yang Pertama
Perak
Pahang
Selangor
Negeri Sembilan
Sungai Ujong


PENGUKUHAN KUASA BRITISH MELALUI PEMBENTUKAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

1.Selepas British berjaya menguasai negeri pahang , perak , selangor dan negeri sembilan dan melaksanakan sistem residennya, pihak british merasakan system residensinya mempunyai beberapa masalah.

2.Antara masalahnya ialah :

a) tiada garis panduan yang tetap bagi tugas seseorang residen
 residen boleh buat apa sahaja sesuka hati tanpa kawalan pihak atasan

b) Residen bertindak sebagai pemerintah dan mengetepikan kuasa sultan
 residen terlalu berkuasa dan menimbulkan kemarahan pembesar-pembesar melayu

c)Gabenor negeri-negeri selat tidak dapat mengawal resedin
 Jarak negeri selat dengan negeri-negeri yang berresiden terlalu jauh dan gerak-geri residen tidak dapt dikawal oleh gabenor

d) Pentadbiran di setiap negeri tidak seragam
-setiap residen membuat undang-undang sendiri tanpa keseragaman

3.Bagaimanakah kelemahan sistem residensi ini diatasi oleh pihak British ?

-Masalah ini diatasi dengan pembentukan negeri-negeri melayu bersekutu .
- negeri-negeri melayu bersekutu dibentuk melalui perjanjian Persekutuan 1986
-perjanjian ini ditandatangani pada 1985 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1986

4. Apakah ciri-ciri negeri-negeri melayu bersekutu ?

- Perak , pahang , selangor dan negeri sembilan digabungkan
- Kuala Lumpur dilantik sebagai pusat pentadbiran utama
- Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral yang pertama
- Kuasa Residen Jeneral ini dikawal oleh Pesuruh Tinggi British di Singapura

5. Apakah faktor yang mendorong kepada penubuhan persekutuan 1986?

a)Masalah kewangan di pahang
British terpakasa menangung kos yang tinggi untuk menghadapi pejuangan rakyat pahang

b) Perkongsian kepakaran
Tenaga kepakaran seperti doctor , jurutera , juruukur dapat dikongsi bersama bagi menjimatkan kos

c) Sistem perhubungan
Pembangunan jalan keretapi dan jalan raya dapat diselaraskan di semua negeri

d) Sistem Pertahanan
melalui perkongsian kekuatan ketenteraan disetiap negeri ia dapat menjamin keselamatan dan untuk membanteras setiap pemberontakan di setiap negeri .



LATIHAN UJI DIRI

1. Lengkapakan rajah dibawah dengan ciri-ciri persekutuan 1986 .




2.Antara keempat-empat negeri melayu bersekutu , susunkan negeri yang paling awal menerima
sistem resideni kapada yang paling terakhir

__________________ , ___________________ , ______________________ , ___________________